Monday, December 17, 2007

Website rasmi sedang dilaksanakan dengan rakusnya...

Kat bawah ni adalah character info berkonsepkan powercard. Powercard ni kalau sapa tau, sapa yang kuat beli mainan la.. ada selit kad kad pawer bagitau kekuatan karekter tu. So kami pakai ajerlah konsep ni. Terdapat lebih kurang 12-13 watak akan dikonsepkan sebegini dan diselitkan dalam salah satu menu website.



------------------------------------------------------------------------
Website official antoofighter akan siap sepenuhnya dalam sedikit masa lagi. Buat sementara ni, 1 teaser trailer sudahpun diupkan dan jugak 2 wallpaper diselitkan untuk korang semua.

Check out the official website gengs.

-----------

Thanks for your support gengs..

Wednesday, December 5, 2007

Komander Mistikus Velvella.. the side story part 1

Ha, seperti yang tertayang dari spoiled unofficial trailer dahulu, tentu korang perasan watak antoo perempuan ni kan. Namanya ialah Mistikus Velvella, seorang pelakon teater di Munich,German. Velvella dibunuh secara kejam oleh penduduk Munich kerana disyaki mengamalkan ilmu Do sum hater god, iaitu sebuah ilmu yang diamalkan kumpulan Black Metal Norwiegen pada zaman ini.

Apabila hidup semula, beliau telah berjaya memiliki kuasa sihir yang mengalahkan segala penyihir seperti mumbra,mak lampir malah nyir blorong yang kerap jadi sebutan ramai. Kuasa elemen alam semulajadi boleh yang dimiliki beliau membolehkan beliau mencipta hikmat hikmat yang unik dan tersendiri dalam masa yang singkat.

Mistikus juga mempunyai jiwa yang sensitif dan penyayang. Dalam keadaan hati yang serba kusut lagi hitam, sudah mati hidup kembali pun beliau masih sayangkan tunangnya yang mati disambar petir dahulu. Contoh seperti visual ni.., beliau sendiri menamakannya semburan Sonata Musim Salju kerana terlalu meminati cerita Korea yang dilakonkan mamat spek yang hensem tu.Wajah pelakon tersebut amat mirip dengan tunangnya yang bernama Raskamuntil Vondermout

Nantikan kemunculan Antoo yang istimewa ini di pawagam berdekatan anda.

peace.

Wednesday, November 28, 2007

Admiral Bajang: the side story part 2



nama hikmat : "Duri nista tak tentu hala"
------
Admiral Bajang seperti diceritakan dahulu, dianugerahkan pangkat yang amat tinggi dalam Zion. Bentuk badannya yang merah bersalut duri sentiasa menjadi gilaan hantu hantu betina. Hikmat yang dimiliki oleh beliau ini adalah hasil dari pertapaanya ketika mempelajari ilmu samurai di Hokkaido,Jepun.

Duri yang dipancutkan mempunyai campuran bisa darah ular dan juga serbuk karbait mercun. Tok guru beliau pernah berkata ia lebih berbisa jika ditambahkan lagi dengan budu kerana budu memiliki bisa yang sangat hebat selain boleh dimakan begitu saja.

"Inspirasi aku dapat bila buat hikmat ni tiba tiba jer kat 7eleven, sebab ada awek cun lalu sambil menyelak rambutnya...wow" - pet
shot ni ada spoil kat unofficial trailer dulu, so camnilah ajer sempat aku bikin untuk final trailer yang akan keluor nanti.

Thanks for your support, sebarkan pada rakan rakan.
Bantulah kami untuk berkarya di hati anda

Sunday, November 25, 2007

Lord El Sharon.. the esklepet process. by Zogun & Pet

Ya, setelah bersengkang mata berbulan bulan.. tak boleh tidur.. kalau tidur tak boleh mimpi benda lain... Akhirnya beginilah bentuk awal ketua segala setan setan @ bapak setan yang dikenali sebagai Lord El Sharon. Proses untuk membuat bapak setan ni amat rumit ( memang rumitlah semua dalam movie ni), dan pada peringkat awalnya kami hanya membayangkan ia hanya sekeping imej biasa dan buih buih mulut sound efek yang berdesyum desyum membayangkan kedasyatannya..

... namun atas rasa ingin cuba dan semangat... pereka karekter ini iaitu Zogun (bukan nama sebenar) telah merealisasikan imaginasi semua team akan hasil karyanya ini. Peringkat akhir proses ini ialah compositing. So tak taulah camna nak kata, tunggu ajerlah movie ni dan korang nilailah dengan hati sendiri.

Nasib baik tak wujud pulak bapak mertua Lord Sharon, kalo dak kena buat rumah sebelah opis. tak pun pindahkan ajer opis ni sebelah rumah... demnn...

kat bawah ni rupenya bila dah composite, petik petik jadi. 1hari punya keje comp:



Friday, November 16, 2007

Drakulat : ...the side story part 1 by pet

Dalam tak diam karekter utama hantu dalam cerita ini, sebenarnya Drakulat sentiasa terkini dengan teknologi semasa. Dari zaman melayu negrito hinggalah keabad ini, drakulat sentiasa peka dengan pembaharuan teknologi yang dibangunkan manusia. Dengan ilmu hitam menyedut neoron otak manusia, Drakulat akan menjadi semakin terer dan bijak dari segi pemodenan teknologi.

Pada abad sebelum kemodenan insan, Drakulat gunakan musang dan jugak burung hantu untuk menskodeng atau mengintip musuh musuhnya terutama penentang jembalang. Kini, setelah kembali kedunia.. beliau telah mencipta korang kena tengok movie baru tahu yang diberinama korang kena tengok movie baru tau apa bendanya untuk mencari korang kena tengok movie baru tahu yang telah lama diidaminya. Ilmu yang disedut oleh beliau ketika menganggu persekitaran Low Yatt Plaza telah menjadikan seorang beliau seorang hantu ilmuan terhebat di abad ini...

Gambaran kat sebelah menunjukan Drakulat sedang melihat dari p.o.v ( point of view ) alat skodengnya. Ingin tahu apakah alat skodeng terbarunya?? nantikan kemunculan di pawagam anda.

p/s - "aku dapat idea ni dari cerita resident evil dan apa apa sci fi omputih yang sentiasa menipu kita dengan gunakan CGI semata mata.. Sekian ".. pet

Wednesday, November 14, 2007

sebarkan dakyah ni ...Toyol King


sempena kempen "SAYANGI JIRAN ANTOO ANDA" dan "KEMPEN ANTOO PRIHATIN SEDUNIA" aku sebarkan sikit wallpaper ni agar korang membantu negara dalam industri memartabatkan filem macam ni kalau korang dah bosan tengok cerita leleh.... selamatkan kita dari lelehan dan lentokan maut yang menyesatkan......

Thursday, November 8, 2007

Admiral Bajang: ..the side story part 1 by pet

Ha... Ni ler salah satu power yang ada kat karekter ni,
tapi.....

Bagaimana Bajang dapat power macam dalam gambar sebelah ni?
Beliau memperoleh hikmat yang berasaskan kuasa syaitan dan elektromagnetik ini ketika sedang menjamu selera di warung wak labit, seorang pengusaha bakso yang terkenal di Tanah Jawa. Pada ketika itu, bakso yang dimakannya terlalu pedas dan mengakibatkan beliau terlompat jauh dan sekaligus meletupkan warung itu


Hikmat yang korang kene tengok movie baru tau namanya ni juga telah diupgrade oleh Drakulat, selaku anak setan yang telah mengumpul dan menghidupkan segala antoo antoo.

Bajang, seorang yang mahir bersastera dan tinggi nilai bahasanya ini .. berjanji akan memusnahkan seluruh manusia yang telah memulau dan menghina hidupnya dahulu. Kuasa yang dianugerahkan oleh Lord El- Sharon telah membuatkan Bajang semakin hebat, rakus dan seringkali termenung seorang diri di bawah pokok.. demi memartabatkan pejuangan seni dan nafsunya....

"Idea untuk membolehkan aku buat fx ni adalah inspirasi dari video game, kerekter Magneto dari Marvel Super Heroes.. sebab first time game ni keluar pun, aku masih budak sekolah lagi.. ponteng kelas pulak tu sanggup pegi Kotaraya ( pakai baju sekolah lagi dan bername tag lak tuh ), pekena game ni..., seb baik tak kena tangkap polis time tuh.. huhuhuhu" - pet

Monday, November 5, 2007

PART 1 : NAMA "ANTOOFIGHTER" by Chunk

Tentu ramai yang tertanya tanya . apa ke benda nye "antoofighter"? Mcmana si Chunk ni dapat nama "Antoofighter"? . Actually, kalau dalam filem , perkataan "ANTOO" tu stands for something ler. Shot form kepada entiti atau nama saintifik jisim , proton dan ion yang terkandung dalam fizikal hantu kebanyakannya (setelah bertahun-tahun aku buat kajian secara pos dengan majalah tilik kuda racing). "FIGHTER" pulak, kalau korang tak tahu, elok lah aku sarankan korang daftar masuk sekolah balik. Kalau nak tahu lebih lanjut apa maksud "ANTOO" tu...apa kata beli tiket nanti masa wayang dan tonton. Boleh tambah ilmu pengetahuan, berhibur disampig membantu pertumbuhan industri filem negara. Dok kutuk je filem kita pun tak guna. Try tengok dulu..sedap ke spicy.


Sebenarnya, aku dapat idea perkataan antoofighter ni masa aku beli kereta sport "Juara" aku untuk aku shooting production Imagebox. Dapat pulak no plate "AFF 7***" . Dah memang habit aku suka buat ayat dari plate nombor kereta orang. Bila dapat AFF ...aku terpikir apa ke benda ayat yang sedap. tah macamana aku terpikir perkataan "ANTOOFIGHTER FOREVER" (AFF).

Sebab sekali aku tengok kreta Juara tu pun macam kereta "Ghostbuster". Walaupun cerita Antoofighter tak ada kena mengena langsung dengan Ghostbuster tapi memang aku tengok Juara tu macam kereta superhero. Kalau korang tak nampak mcm tu mungkin korang rabun kot.


Kebetulan pulak masa tu, aku dipanggil untuk idea filem terbaru GBSB. Terus aku kembangkan perkataan "Antoofighter" tu jadi konsep filem yang maha dasat ni. Itu le ceritanya lebih kurang macamana lahirnya "Antoofighter" ni.


Jumpa lagi bila gua free.... salam.

Chunk Cap Ayam

Sunday, November 4, 2007

ANTOOFIGHTER THE BEGINNING by Chunk

Aloo dan salam untuk semua.

Banyak yang nak gua ceritakan dan share dalam blog antoofighter. banyak kenangan pahit manis masa bikin ini filem tapi masalahnya, gua pun agak sibuk sikit dengan produksi-produksi berkaitan antoofighter dari segi muzik, sfx dan lain-lain produksi terutama menerajui Imagebox dan produksi TVC2 gua. yang latest - angkasawan (bole la tengok kat you tube)

Inysaallah, bila free sikit dan dalam keadaan tenang, wa akan share sikit dalam ini blog dalam masa terdekat ni.

Anyway, gua harap filem ni dapat memberi satu "taste" baru dlam filem malaysia, dari segi pembikinan, visual , penceritaan, lakonan dan teknologi. Jangan samakan dengan Cicak man , atau apa apa "man" yang lain...jangan samakan dengan ghostbuster sebab storyline dia langsung tak ada kena mengena. anggaplah filem ni macam "scary movie" ...spoof macam macam jenis cerita yang dikarut marutkan dengan mesej yang korang sendirilah pikir...hahahahahah..

adios amigos gonzales askeplentes al junid !

jumpa lagi
chunk the cap ayam

Thursday, November 1, 2007

Bahan yang tersiar di internet.. by pet

Trailer kat youtube yang korang tengok tu sebenonya bukan final pun, rasanya korang boleh tengok wujudnya timecode footage kat belah bawah sebelum nak ke cinemaskop video tu.. semua footage tu adalah dari lores ( low resolution ) dari footage HD. Tujuan unofficial trailer tu dibuat adalah untuk pihak management, kitaorang dan yang berkait nampakler camna bentuk trailer tu nanti. Semua efek dalam tu sedut dan pakai tampal je.. asal nak kasila pihak pihak ni puas hati dan rasa citer ni memang tengah buat pun.. ( Actually masa pun agak ketat sekarang nak siapkan filem hilang akal Chunk ni )

So, Trailer yang final tu nanti kitaorang cadang nak try bikin quicktime dalam website. Nengoklah jika takde aral melintang.. maka adalah benda tu.

unofficial trailer


3 teaser yang dah keluar kat youtube tu memang betul betul dah final, tapi footage dari 3 teaser tu tak semua di pakai dalam final output movie ni. Benda alah yang dilakunkan oleh Sedara Badi Amuk yang memegang watak wartawan brutal yang jiwang diberi nama Zamin Putar Alam ni hanya insert shot untuk paparan berita dari TV.

Memandangkan dah buat, rasa cam nak gak tayang kat korang actually camna treatment filem kitaorang nak buat sebenarnya. Dari teaser yang 3 biji nilah, kitaorang nak memberitahu yang kitaorang memang buat lawak tongong a.k.a ntahpaper tapi ada bijaknya dari perspective yang deep gitu...

3 teaser yang paling panjang durasinya dalam sejarah filem melayu yang pernah disaksikan...
Teaser 1 : Kuntau TV : Kekecohan di menara kota


Teaser 2 : Kuntau TV: Temubual xclusif mayat encik black


Teaser 3 :Kuntau TV: Kekecohan di Menara Kota 2



Sekian berita hari ni
pet

Tuesday, October 30, 2007

Kepak Drakulat part 1.. by pet

Mengikut kepala otak pengarah kami, kepak drakulat harus mempunyai rupabentuk kelawar dan kepak itu harus menampakkan kesyaitanannya. Kami ditugaskan untuk mengCGIkan shots awie bersama wingsnya hampir 12 shots.. dari jauh sampai lah ke dekat...

Pengneksturan kepak ni mengambil masa yang lama, dimana ia memerlukan displacement map dan bump map yang betul untuk mendapatkan seredak-seredak uratnya. Mengikut script asal.. sebenarnya shot kepak ni lebih dari 12 shots.. fuhh nasib baik..
Proses membuat Awie punya Wings ni diakhiri dengan compositing, dimana tugas tugas untuk mengblendingkan mood caler dan lighting adalah perkara utama demi memastikan Awie memang benar benar ada Wings....


kepak drakulat by
: zogun.

compositing n aura by
: pet

Sunday, October 28, 2007

Lakaran Awal 2 Karektor Jahat..by sam

Admiral Bajang - Orang kanan Drakulat. Spesis binatang (mawas berduri), tetapi mempunyai ketinggian
bahasa bertutur yang bagus. Ada master dalam Sastera Melayu.
Pelakon: Shoffi Jikan.
Power/Kelebihan: Pandai bermain pedang. Mempelajari ilmu batin di Jepun & Tanah Jawa.
Kelemahan: kurus, baju selalu terlucut.


Drakulat Van Listeroy - Ketua geng jahat yang bercita-cita tinggi untuk menakluk dunia
pelakon: Awie
power: Sayap kelawar yang berfungsi untuk turun naik jer... / hikmat
pemecah benda/barang2/segala benda yang dia rasa benci nak tgk.
kelemahan: Lagu " Taman Rashidah Utama"
* karektor karektor lain akan di upload...
post by;
SAM the visualizer

- Fasa Produksi part I ..by pet

Lokasi shoot untuk filem ni semua best dan horror-horror belaka. Macam macam hal berlaku time shoot ni, apapun semuanya berjalan lancar dan tamat pengambarannya tak silap pada bulan 2 kelmarin.. semua krew dalam filem ni terrer-terrer berlaka.. banyak jugak benda yang kitaorang ( actually ni filem sulungkan?? ) dapat xpose time tuh.. paling aku suka ialah special effect make up yang best dari Ella Sandera ( make up artist untuk drama anak kerak tuhh )


Antara lokasi pilihan untuk filem ni adalah seperti berikut
a. Gua Vallovar Kotam Batu Caves
b. Rumah usang di Bukit Tunku
c. Pantai Kelanang ( Bagan lalang )
d. Menara KL
f. Kelly's Castle
g. Damansara Damai

- Antoofighter tu hape??? by pet

Antoofighter tu Ghostbuster Melayu ke??.. satu soalan yang sering aku dengo kat sesapa je aku tanya. Baik dalam internet ni ke... sampailah ke kampung pondok, tajuk antoofighter ni rata rata ramai dah tahu sebab orang malaysia gemar memilih suratkhabo hiburan bergambar artis artis yang lawo-lawo untuk medium pertama dibaca pada hari ahad... maknanya perkataan tu sudah wujud dan diketahui, cuma ragu-ragu dan naik nyampah sebab tak tahu tahu gak.. apakebenda jenis filem ni sebenarnya.

Idea untuk keseluruhan projek ni adalah dari kepala otak Saudara Azizi "Chunk" Adnan f.d.a.m sendiri. Kekuatan penceritaan Antoofighter lebih pada lawak-lawak slapstik spt filem Hotshots,KungFu Hustle,ScaryMovie dsbg. Cara persembahan dalam filem ini adalah amat bersahaja, dimana setiap krew diberi kebebasan bekarya asal bertepatan untuk shots tertentu.

Inspirasi gabungan citer citer omputih dan pengaruhnya spt Power Rangers, Mortal Kombat,Ghostbuster (spt yang ramai jangka) dan sedikit lawak lawak dari majalah Ujang (yang zaman dulu dulu punya)... maka setelah berbulan bulan pitching akhirnya Grand Brilliance memilih AntooFighter sebagai satu lagi filem yang akan dikeluarkan dipawagam pada tahun 2008 nanti.

Mungkin sedikit garapan dari filem GhostBuster tu ada.. tapi tak ikut langsung storyline dan jugak mood penceritaannya. Hantu hantu dalam cerita ni lebih global, dimana semua jenis hantu dari pelbagai negara digabungkan menjadi satu dibawah naungan kerajaan Ashkenazim, pimpinan Drakulat Van Listerooy (Awie) bersama Ketua Bapak Setan mereka.. Lord El-Sharon...

Ya, mesti ramai yang dah tengok gambar awie duduk kat kerusi yang ada lambang ****** dalam internet ni. Sebenarnya ada jawapan mengapa gambaran tu dibuat, ia sebuah perjuangan murni sebenarnya. Untuk jawapan yang lebih detail kene tunggu ThemakingOf filem ni nanti.. lihat dan dengar sendiri dari mulut pengarahnya....

Dalam filem ini Chunk mempertaruhkan banyak benda benda baru dalam menerbitkan sebuah filem. Antaranya, rata-rata pelakon dalam filem ini tak seglamer artis yang seksi bergambar ditepi kolam renang mahupan berpakaian ketat tebonjol tapi membuat kenyataan "Saya insaf".. melainkan Awie,Radhi Oag (PohJee),Soffi Jikan(Admiral Bajang) dan Harun Salim Bachik(Pak Din @ Zainuddin Yanky). Untuk pengetahuan pembaca, Inilah sebenarnya kali pertama Radhi OaG belakon filem... sungguh menarik!!!

Chunk jugak mempertaruhkan elemen elemen CGI yang banyak dalam filem sulungnya ni. Hampir 70% dalam filem ni pakai CGI. Dari teknik berlawan sampailah ke aura aura merepek itulah kerja budak budak dia yang bertugas di Imagebox Sdn. Bhd. Dibawah kelolaan Asrulhisyam Ahmad selaku VFX Director filem ini, setiap shots yang diCGI akan dibuat sebaik mungkin (jangan la samakan dengan hollywood kengkawangs).

Kesimpulannya, Antoofighter adalah sebuah filem bergenre komedi aksi.. bukan Ghostbuster!!! so bukalah minda dan hati.. berilah peluang kepada kami bekarya di mata hati anda. Filem ini dijangka akan menemui penonton dipawagam pada bulan March 2008.

penulis : pet

Sunday, October 21, 2007

teaser antoofigther

Ok dah lama benda ni kitaorang xpose kat youtube.Lagipun scene ni bukan kesemuanya dipakai dalam final filem ni nanti. Idea untuk jadikan Badi Amuk sebagai pembaca berita ini adalah cetusan idea kepala merepak Chunk sendiri. Karekter wartawan brutal, skema ntahpaper dari stesen tv yang diberinama Kuntau TV ini adalah karektor cameo dalam antoofighter.


Pada mulanya kami ingin gunakan footage footage yang di shoot dalam MiniDV ini untuk keseluruhan filem. Apabila tiba disaat offline editing, kami bercadang untuk kurangkan shot ni kerana banyak lagi elemen yang best patut diletak dalam timeline tuh. Memandangkan kami rasa cam rugi je tak letak dalam filem.. so tak salahlah kami jadikan shot ni sebagai teaser terpanjang dalam perfileman melayu untuk ditontonkan dalam Youtube. hahahahahha....




So, saksikan persembahan lakonan buat pertama kalinya dari Badi Amuk sebagai Zamin Putar Alam. Yeyearrrrrrgh....