Sunday, October 28, 2007

- Antoofighter tu hape??? by pet

Antoofighter tu Ghostbuster Melayu ke??.. satu soalan yang sering aku dengo kat sesapa je aku tanya. Baik dalam internet ni ke... sampailah ke kampung pondok, tajuk antoofighter ni rata rata ramai dah tahu sebab orang malaysia gemar memilih suratkhabo hiburan bergambar artis artis yang lawo-lawo untuk medium pertama dibaca pada hari ahad... maknanya perkataan tu sudah wujud dan diketahui, cuma ragu-ragu dan naik nyampah sebab tak tahu tahu gak.. apakebenda jenis filem ni sebenarnya.

Idea untuk keseluruhan projek ni adalah dari kepala otak Saudara Azizi "Chunk" Adnan f.d.a.m sendiri. Kekuatan penceritaan Antoofighter lebih pada lawak-lawak slapstik spt filem Hotshots,KungFu Hustle,ScaryMovie dsbg. Cara persembahan dalam filem ini adalah amat bersahaja, dimana setiap krew diberi kebebasan bekarya asal bertepatan untuk shots tertentu.

Inspirasi gabungan citer citer omputih dan pengaruhnya spt Power Rangers, Mortal Kombat,Ghostbuster (spt yang ramai jangka) dan sedikit lawak lawak dari majalah Ujang (yang zaman dulu dulu punya)... maka setelah berbulan bulan pitching akhirnya Grand Brilliance memilih AntooFighter sebagai satu lagi filem yang akan dikeluarkan dipawagam pada tahun 2008 nanti.

Mungkin sedikit garapan dari filem GhostBuster tu ada.. tapi tak ikut langsung storyline dan jugak mood penceritaannya. Hantu hantu dalam cerita ni lebih global, dimana semua jenis hantu dari pelbagai negara digabungkan menjadi satu dibawah naungan kerajaan Ashkenazim, pimpinan Drakulat Van Listerooy (Awie) bersama Ketua Bapak Setan mereka.. Lord El-Sharon...

Ya, mesti ramai yang dah tengok gambar awie duduk kat kerusi yang ada lambang ****** dalam internet ni. Sebenarnya ada jawapan mengapa gambaran tu dibuat, ia sebuah perjuangan murni sebenarnya. Untuk jawapan yang lebih detail kene tunggu ThemakingOf filem ni nanti.. lihat dan dengar sendiri dari mulut pengarahnya....

Dalam filem ini Chunk mempertaruhkan banyak benda benda baru dalam menerbitkan sebuah filem. Antaranya, rata-rata pelakon dalam filem ini tak seglamer artis yang seksi bergambar ditepi kolam renang mahupan berpakaian ketat tebonjol tapi membuat kenyataan "Saya insaf".. melainkan Awie,Radhi Oag (PohJee),Soffi Jikan(Admiral Bajang) dan Harun Salim Bachik(Pak Din @ Zainuddin Yanky). Untuk pengetahuan pembaca, Inilah sebenarnya kali pertama Radhi OaG belakon filem... sungguh menarik!!!

Chunk jugak mempertaruhkan elemen elemen CGI yang banyak dalam filem sulungnya ni. Hampir 70% dalam filem ni pakai CGI. Dari teknik berlawan sampailah ke aura aura merepek itulah kerja budak budak dia yang bertugas di Imagebox Sdn. Bhd. Dibawah kelolaan Asrulhisyam Ahmad selaku VFX Director filem ini, setiap shots yang diCGI akan dibuat sebaik mungkin (jangan la samakan dengan hollywood kengkawangs).

Kesimpulannya, Antoofighter adalah sebuah filem bergenre komedi aksi.. bukan Ghostbuster!!! so bukalah minda dan hati.. berilah peluang kepada kami bekarya di mata hati anda. Filem ini dijangka akan menemui penonton dipawagam pada bulan March 2008.

penulis : pet

No comments: