Thursday, July 10, 2008

Sepetang bersama "Doug Sutton" Transformers ILM sequence supervisor...



April 16, 2008
(
satu kenangan tak dapat dilupakan ) - by pet

Salam ceria...

We all satu ofis pegi kat event Lucasfilm Animation Singapore Jedi Masters Class Tour kat Hotel Hilton area KLcentral, event tu dikendalikan oleh pakai pakar CGI dari ILM (Industrial Light & Magic ). Tentu sekali bahan presentation dorang tak lain tak bukan ialah Transformers.

Dalam keadaan sibuk, sem
pat jugak kami pergi ke event ni kerana semua orang dalam industri tahu.. sesuatu dapat dipelajari dan dapat dikongsi bersama dalam event ni. Mr Doug Sutton, ILM sequence supervisor yakni salah seorang staff ILM yang terbabit dalam projek movie Transformers telah memberi ceramah lebih kurang 3 jam camtu. Banyak jugak dia reveal on set photo, camna teknik dia bikin sesebuah shots.. dan kami hanya mampu ternganga,mengorek hidung sambil memikirkan apa ke butang yang dorang tekan sampai jadi rheal camtu...

Keadaan semakin getir bila beliau mereveal perspective view shot macam mana Ironhide transform bergolek melintas awek cun berpakaian tak tutup aurat tuh. Tentu sekali kami semua ternganga.. bagaimana mereka boleh clean up semua benda dalam shot tu sampai jadi seketul footage baru.. terutama sekali.. bagaimana background shot tu diolah menjadi baru dan rheal berbanding actual footage yang agak messy.. penuh dengan production light, marker dan sebagainya.

Dalam kepala kami, tentu sekali teknik matte painting, rotoskoping dan jugak remapping 3d dipakai.. namun menjadi misteri dalam kepala kami, berapakah jumlah orang yang buat shots ni. Kalau ikut kisah antoofighter nih.. satu shots tak mungkin 20 orang yang involve dalam post.. kengkadang sorang je yang buat.. apatah lagi rotoskoping tu satu kerja yang meme
rlukan ketekunan mata melihat setiap frame dan memastikan shots tu siap spt dikehendaki director.


Antara fakta menarik yang boleh dikongsi bersama yang aku ingat adalah spt berikut.
a. Semua working file dorang jumlah saiznya mencapai 220 terabytes
-
b. Facial expression optimus p
rime pernah ditest dengan muka al pacino..
-
c. Micheal bay yang gilekan lens flare berkati kati( sampai dak dak ILM ni bubuh bekati kati kat optimus.. wkaakakka memang lawak )
-
d. Dapat tengok perspective view.. camna camera dan animation setup dorang untuk shot bonecrusher transform.. sungguh best
-
e. Macam mana animator dorang buat kesan khas letupan, tak sangka.. dalam viewport dorang memang standby macam macam model3d.. tinggal nak letupkan ajer.
-
f. 'Cheat' yang digunakan masa transformation.. hahaha... memang claka.
-
g. Fakta - Texture size untuk setiap parts adalah 4k ( kalau kat pc aku.. dah kong dah )
-
h. Passes yang dipakai untuk rendering, sungguh claka.. banyak tul kami nampak.
-
i. Penggunaan 'bola ajaib' @ chrome ball & bola difuuse untuk lighting dimana bola tu akan menjadi reference berapa banyak jumlah cahaya dan bagaimana cahaya ikut shot tu interact dengan kaler sesebuah robot dan jugak panoramic images untuk
HDRI. Menurut kata Doug Sutton, Production lighting kat set tulah main peranan untuk reflection surface dan blooming yang dorang buat kat setiap robot ceria tuh.
-
j. Setelah direveal, dorang memang tak banyak shoot pakai chromakey.. memang on set banyak pakai roto semua tu jika ada benda kat background.. paling gile aku nengok part skorponok tuh..
-
k. Quote paling bermakna dari otai otai ni yang buat aku seronok "Its not where to find the button.. but to know what the button do"..
------------------------------
Tu lah antara yang aku ingat, tapi yang pastinya.. aku dapat banyak info dan tinggal semangat berpasukan je nak lakukan. Sorang.. memang boleh.. tapi tak dptlah cam Tranformers .
-
Selepas minum petang, we all sempat bergambar dengan otai ni.. sempat jugak bersembang dan tunjuk progress Antoofighter dalam PSP aku. Bila aku tunjuk trailer sardin dan sedikit clip apa yang we all buat.. benda yang membuatkan kepala dia bekerut ialah " is it true just 4 people invole for the cgi in this movie??".

Kami hanya mampu tersenyum dan mendoakan satu hari nanti, Industri tempatan akan dapat bukak mata.. untuk melengkapi sesebuah benda yang berkualiti.. perlukan banyak manusia yang mengerjakannya a.k.a kosnya memang tinggi..

Kami juga sedar, semua ini hanya permulaan sahaja... ia akan berkembang dari semasa ke semasa. Sebuah kisah dah lama, aku jadikan rencana dalam blog pertama kalinya...

cheers.
-pet-

3 comments:

Anonymous said...

The nice thing with this blog is, its very awsome when it comes to there topic.

Anonymous said...

MANTAP!!!!! Aku kasi tabik spring 3 hari punyer.. xsangka org melayu pon hebat dlm CGI nie.. and smua crew2 pon org melayu gak.. CGI yg aku pasti dpt mengalahkan CGI cicakman dan setaraf ngan Hollywood... Cayalah....

Anonymous said...

cool..korang berjaya buat "otai" tu tertanya-tanya..