Thursday, July 24, 2008

Interbiu ekslusif bersama Scha Alyahya ( Lara Lenjan )

Pada satu petang yang membosankan, aku tak tau nak buat apa.. lantas aku pun besembanglah dengan Scha [Lara Lenjan] dalam facebook chat. Ntah macam mana alang alang aku mengbuzz beliau, terpikir gak alang alang aku buat intebiu.. berikut adalah perbualan yang sempat aku copy pastekan dan jadikan tatapan pengunjung antoo blog.

cheers
-pet-

petrakhus
Hai... auu a u? .. .. Assalamualaikum scha .. wassap.
scha
waalaikumssalam... err ada pe?? nak sakat orang lagi la ni eak.
petrakhus
buatpe tu.. leh sembang jap? bofren tak marah eak.. elellelelelele...
scha
hak enaa.... skarang tak busy sangat, boleh ler aku layan ko? boyfriend??.. boyfriend aku yang mana satu agaknya eh??
petrakhus
heehhe.. aku nak interbiu ko le, nak masukkan dalam antoo blog.. itupun kalau sudi.. simple jek soalannya.. aku takde bakat jadi wartawan majalah hiburan.. aku buat ni pun suke suke je.. hahahahah. ko suke tak?
scha
err... ok tarak hal beb. ko jangan tanya soalan gossip lak..
petrakhus
tak punya.. ok beb ni soalannya.. aku belasah tanya je ni apa dalam kepala aku.
scha
yolah..
petrakhus
untuk antoofighter ni.. first time belakon filem ke beb? setelah membaca script dan membuat test screening semua tu.. apakah kesimpulan yang ko faham mengenai Antoofighter: Amukan Drakulat.
scha
ANTOOFIGHTER adalah filem pertama saya (tak dapat disangkal bahawa saya agak kekok atau erti kata lain KAYU ketika melakonkan watak ni) kesimpulan yang dapat saya simpulkan kat sini, Filem yang teramant unik ni mempunyai banyak unsur seperti unsur kekeluargaan, unsur, komedi terutamanya, dan hmm banyak la morality dalam filem ni di mana saya rasa penonton dapat berfikir dan belajar dari filem ini apabila dah menonton nanti. Sbb mcm saya cakap tadi, bynk yang tersurat dan tersirat ;p
petrakhus
ih ih.. saya saya bahasanya... sopan santun anak mak... auu..
scha
ha ha ha.. kenalah jaga.. ko ni pon.
petrakhus
time time... masa tu ko mesti tak berapa nampak camna bayangan benda depan mata ko bila dicgikan. Stori le skit camna ko membayangkan benda yang kosong depan mata ko tu menjadi satu benda yang lain setelah dimasukkan unsur CGI. ... cth: time ko tembak karan kat menara KL tu la..
scha
Saya rasa, babak2 yg memerlukan reaksi dari benda yg kita tak nampak depan mata, adalah yg palling susah. terlebih expression kang, mcm over, kurang expression kang, mcm keras je nampak, so saya buat je sepenuh percayaan dalam hati saya yang saya konon nya melakukan yg terbaik untuk tidak diketawa penonton dan wartawan nanti hahaha . Gurau je, saya cuba buat sebaik yang saya dapat bagi dan keluarkan masatu .
petrakhus
best ke belakon ngan brader awie dan radhi OAG?. apa kenangan yang best time shooting yang ko seronok..
scha
Fuyoo best sangat. seriously, i had a great time shooting de movie masatu. Awie selamba dan Radhi yg sentiasa penuh tenaga dan battery. Production team yg power dan casts yang best membuatkan saya rasa seronok .
petrakhus
apa yang ko faham mengenai karekter ko. apakah maksud sebenar LENJAN tuh? lenjan kerete kasi laju kot? ( soalan ni kalau ko rasa takleh jawab tinggal je.. hehehehhe )
scha
karakter saya iaitu LARA LENJAN, lenjan yang agak kasar didengar sebenarnya tapi dalam erti kata lain yg lebih enak di dengar ialah; redah ! Main hentam je bawak teksi ke hulu ke hilir. Dgn tahap kebijaksanaan yang terbatas membuatkan dia tak fikir panjang tapi agak laju.
petrakhus
Antoofighter mempunyai script yang sungguh panjang, sekali baca betul penuh muke surat.. apakah ko hafal semua line ko dalam tu? atau chunk bagi ko kebebasan nak bikin line ko sendiri janji tepat..
scha
Dialog memang panjang tapi Chunk bagi kebebasan janji point tetap sama. Kena hafal jugak, dan try improvise. (wah, mcm terer je aku)
petrakhus
Apakah expectation ko untuk final product filem ni nanti. Dapatkah industri perfileman malaysia akan memberi ruang banyak lagi pada karyawan untuk terus menyumbang keringat menyiapkan filem seumpama ini?. ke masih konsep cintan cintun meleleh tu.. hu hu hu..
scha
Expectation saya, filem ni akan meletup dengan izin Allah. Filem yang menampilkan sinematografi yang bagus, dan pemilihan pelakon2 lama dan baru, dan skrip yang best. sangat berbeza seperti filem2 yang kita biasa lihat di panggung dan harapan saya lagi satu ialah teruskan melahirkan filem2 yg menggunakan teknik yang sama dan lihat kepuasannya!Sure membanggakan
petrakhus
Seronok tak kene ceramah ngan chunk.. hahahahah?. selalunya dia memang gitu.. jadikan montivasi je. Rasanya membantukan tak untuk ko keluarkan bakat lakonan yang best best?.
scha
Professor Chunk? Kami banyak mentelaah ilmu dari beliayu. Biasalah, dia tau apa dia nak, dan kita try deliver apa yang dia minta sebaik mungkin. Sory kalau agak menghampakan. Sebenarnya, bendatu membantu sedikit sebanyak, bagi keyakinan kepada kami;pelakon baru.
petrakhus
huah.. rasa macam becakap ngan puan sri betul la ngan ko ni... hu uh.. ok last skali nak mitak ko buat ucapan penutup untuk pengunjung antoo blog dan peminat setia felem tanahair.. cewahh
scha
hahaha.. aku pun rasa ko macam mama juwie je tanya aku soalan cenggini.. so.. Filem Antoofighter adalah filem yang harus di tonton pada tahun 2008! jangan ketinggalan sbb mana ada orang yang nak ketinggalan di belakang kan? trust me, anda tak kan rasa duit RM 10 tu dibazirkan.
petrakhus
ok beb, tima kasih sebab layan kebosanan aku ni.. dah la sensorang kat opis dok menyiapkan itu ini.. thanks ya beb
scha
iye le.. sama sama juga. TERIMA KASIH pet..
petrakhus
sama sama..cheers beb!.

// demikianlah sedikit perbualan ringkas aku ngan lara lenjan di facebook... nantikan beberapa intebiu gaya majalah ibu dari aku dengan artis yang lain ya.. cheers for antoo fan.

No comments: