Monday, July 28, 2008

Interbiu ekslusif bersama Alin ( Tasya )

Setelah aku rasa aku ni macam terer jer jadi wartawan selain duduk depan komputer, aku pun meneruskan xplorasi intebiu bersama salah seorang lagi pelakon baru yang memegang watak kerani pejabat tanah/ahli penentang jembalang dalam Antoofighter iaitu Nurfazlin Azmi @ Alin. Pada mulanya aku berhajat nak webcam bersama beliau, atas sebab sebab tertentu sebelum dikaitkan kontroversi dunia hiburan, aku pun melakukannya secara fundamental iaitu chat dalam Yahoo Mesengger.. sungguh canggih ciptaan orang putih ni eak!. .. fhuh.. berikut adalah sedikti temubual yang aku buat bersama beliau.

petrakhus
Assalamualaikum Alin .. wassap, boleh intebiu jap?? ..btw ari tu aku rasa teperasan ko jenjalan kat CM, nak gak mintak otograf hahahahaha.. takut salah orang lak..
alin
e'eh ni dah start soklan cepu emas ke betul2 soalan tentang satu2 kejadian...? er... kalau kat cm, aku rasa hang ni dah salah org.. tapi itu hari aku ada le p PS..p pekena air mata kucin sambil berjalan2 mencari pasal..hehe
petrakhus
salah orang la tu, sebab yang aku nampak ni.. iras iras ko dok kluo deting dengan jejaka afrika selatan.. salah le tekaan aku time tuh..
alin
chait!!!.. apa soalan ko nak tanya aku ni?
petrakhus
hehe.. ok beb ni soalannya.. Untuk antoofighter ni.. first time belakon filem ke beb? setelah membaca script dan membuat test screening semua tu.. apakah kesimpulan yang ko faham mengenai Antoofighter: Amukan Drakulat.
alin
Ya, filem ini bukan sahaja filem pertama aku, tapi adalah lakonan pertama aku. apa-apahal aku berasa amat bertuah and beruntung la sebab dapat opportunity ni...after being explained by Chunk about whats the movie and his idea all about for the first time, aku rasa teruja tahap maksima dan aku rasa excited and tak sabar2 nak start shooting... ini disebabkan aku rasa beruntung sangat2 kerana aku bakal terlibat dengan satu "projek" yang amat WOW, dan idea kreatif si Chunk amatlah aku kagumi...lepas aku dah dapat skrip and go through semua scene.. lagi bertambah2 best, sebab aku dapat rasakan kelainan filem ni lain daripada filem2 melayu tipikal... secara summary, aku boleh katakan filem ni bukan sekadar hiburan semata2 tapi si Chunk jugak nak selitkan mesej2 tertentu...mesej2 positif seperti kekeluargaan dan semuanya secara berseloroh bukan dibuat2..ko paham kan maksud aku...tapi pendekkan cerita lagi aku dah mula jatuh cinta dengan filem ni sejak dari awal sebab aku memang suka cerita komedi plus aksi macam ni.. ok next question...
petrakhus
time time... masa tu ko mesti tak berapa nampak camna bayangan benda depan mata ko bila dicgikan. Stori le skit camna ko membayangkan benda yang kosong depan mata ko tu menjadi satu benda yang lain setelah dimasukkan unsur CGI. ...
alin
oh... dari segi teknik lakonan untuk scene yang ada CGI, seingat aku banyak belajar dari si Chunk tuan direktor.. dan jugak para sahabat selakonan seperti si Bront, si Bell..aku banyak bertanya and depa all banyak menolong.. Thanks kengkawan!! dalam masa yang sama aku banyak practice la...aku adala imagine untuk satu2 scene tu.. aku memang suka berangan2 dalam bilik kan.. so in short i have trained alot hehehe
petrakhus
best ke belakon ngan brader awie dan radhi OAG?. apa kenangan yang best time shooting yang ko seronok..
alin
memang la best pet... ekau ni... it was my pleasure... depa both very the friendly and down to earth... bukan setakat seronok berlakon dengan depa ja..but also with others... yang senior macam abang harun salim bachik, bell, sofi jikan, abang amran, arwah loloq, abg usop kopratasa dan lain2 (maaf terlalau banyak nak disebutkan) aku banyak observe mereka2 yang banyak experience ni... cara depa bawak diri... dari segi lakonan aku byk belaja dari depa all... kenangan terindah berlakon bersama depa... jap aku nak recall... hmm semua indah la pet.. sebab depa ni berdekah... and very knowlegeable tau.. okla aku bagitau saat paling best masa shooting kat bagan lalang la... walupun penat seharian shooting.. but we had lots of fun together...
petrakhus
so.. apa yang ko faham mengenai karekter ko. sekali pandang ada iras iras wilma scooby doo.. hu hu hu hu..
alin oh si tasha, menurut daripada pandangan si Chunk beliau adalah minah "kental" la... memula aku tak berapa paham sangat term "kental" tu... sebab aku rasa bunyi macam seorg yang gagah gitu... tapi bila aku selami lagi watak menerusi bacaan skrip aku dapati beliau adalah minah yang agak geeky, very nerdy, bijak, tapi selalu careless..phisically she looks fragile and lembik but she's the brainiest among the five.. kadang2 beliau suka berlagak kuat hehe
petrakhus
Antoofighter mempunyai script yang sungguh panjang, sekali baca betul penuh muke surat.. apakah ko hafal semua line ko dalam tu? atau chunk bagi ko kebebasan nak bikin line ko sendiri janji tepat..
alin
oh untuk watak aku... tak banyak skrip yang aku kena hafal.. hanya ekspresi secara fizikal and facial saja yang banyak aku ketengahkan.. penting jugak watak macam ni... pendapat aku ia adalah watak pelengkap dalam satu2 filem... execution of the character/role itu penting tak kisah le besar ke mini2 ke...watak yang kau bawak... pasti membawa impak.. but what ever it is si Chunk beri kebebasan jugak pada para pelakon untuk improvise the character through the script... tapi dengan syarat tak lari dari mesej yang cobe disampaikan..
petrakhus
Apakah expectation ko untuk final product filem ni nanti. Dapatkah industri perfileman malaysia akan memberi ruang banyak lagi pada karyawan untuk terus menyumbang keringat menyiapkan filem seumpama ini?. ke masih konsep cintan cintun meleleh tu.. hu hu hu..
alin
expectation aku tinggi jugak... hehehehe especially on the CGI part... sebab dah lama kan proses nya... so harapanku the final product would be very malatup... dan filem komedi-aksi ni juga dapat menyumbang kepada industri perfileman kita... mungkin filem ni dapat membuka mata dan minda insan2 seni malaysia untuk pergi lebih jauh dan dapat bersaing dengan filem hollywood...insyallah...
petrakhus
gulp!.. expectation tinggi ya.. ok soalan seterusnya..Seronok tak kene ceramah ngan chunk.. hahahahah?. selalunya dia memang gitu.. jadikan montivasi je. Rasanya membantukan tak untuk ko keluarkan bakat lakonan yang best best?.
alin oh si Chunk... beliau amat bijak... i like the way he thinks... his ideas are brilliant..walaupun selalu diselit2kan unsur berdekah yang aku tak leh handle... tapi aku respek keje dia... cayalah chunk...
petrakhus ni last la tanya.. lelebih kang aku bantai soalan gossip tonggong plak.. hahahah " Promo diri skit.. Bagilah apa apa skit ucapan penutup untuk peminat filem antoofighter kat antoofighter blog ni.. apa apalah.."
alin alamak... hmm... kepada peminat antoofighter... bersabarlah ...tunggulah kemunculan filem yang bakal menggegarkan pawagam berdekatan anda... support industri filem malaysia... kalau boleh tengok wayang... bawak satu family..ok.... cheers!!
petrakhus mekasih beb cheers..

camtulah bih kurang, sapa lagi lepas ni nak di intebiu? stay tune to antoo blog. cheers mate~
-pet-

No comments: