Monday, March 24, 2008

Watikah pena bedarah - by black

Assalamualaikum dan hi!!

Utk semua yg melayan blog ni..berdirinya saya disini (huk oloh..mcm kat skolah)...anyway utk permulaan aku nak type ni...SPM ngan paper julai aku dalam bahasa melayu, aku dapat 7..so kalu korang baca apa yg aku tulis ni agak memeningkan ...aku mintak maap byk2..sbb masa kat skolah dulu aku conteng buku skolah..kerja skolah aku byk meniru..:D

ok..ANTOOFIGHTER..hmmmm..tak sangka aku..akhirnya Chunk dapat menerobosi dan dapat kepercayaan dari pihak GBSB. Jadi kesimpulannya Imagebox dan GBSB berusahasama (JV) dalam projek Antoofighter ni..

So kehidupan aku berubah lagi..no life at all..sampai la projek ni siap..

Seperti biasa..aku terpaksa "menghandle" pasukan anggota MAT ini (krew CGI) dari segi kewangan utk CGI part, kreativiti dan aku pun kena buat jugak CGI2 ni..

Utk pengetahuan semua la...kalau mengikut skrip Antoofighter ni..CGI dia memang diluar peruntukan aku ..meaning $$$..tapi bukan sbb alasan $$$..tapi sbb atas memang benda ni hobi aku..pada mulanya nak je aku hire 30orang ..tapi apakan daya..setelah aku mengkaji industri filem kat malaysia ni..paling miracle bole pegi kutipan tiket dalam sejarah RM7juta..(ya ka?) .

Jadi dgn semangat juang yg ada..aku blasah..sbb aaku nak majukan industri filem kat malaysia ni..pada aku..org malaysia dah bole buat mcmmana org luar (Hollywood) dah buat..cumanya kita tak diberi peluang dan praktikal..kalau kita kaji balik filem2 hollywood atau hongkong masa dulu..cgi derang tak la trus "fuu Rheal" ada gak yg terkantoi malah sampai sekarang ada jugak filem2 dari luar yg terkantoi bila part cgi..memang btul semuanya di sebabkan teknologi dunia sekarang semakin maju...tapi pada aku bukan peralihan teknologi yg membuatkan filem2 luar sekarang dah canggih..pada aku semua perlu di praktikkan..teknologi tu hanya utk memudahkan saja..so aku amat berterima kasih btul kat pihak GBSB ni..sbbnya derang ni berani bagi peluang kat pihak Imagebox utk praktikkan dalam projek Antoofighter..

So dgn peluang yg ada..aku kumpulkan org2 yg "berani" sesuatu yg baru...dgn mengikut jumlah peruntukan aku..ramai yg teror2..Pet, Zgun, Anjang, Stif, Adi , Sam..jadi aku memegang pada konsep
"Creative is no rules"...aku bebaskan kreativiti utk semua yg terlibat walaupun aku diberi kepercayaan yg menjadi pengarah VFX..sbb aku percaya..aku pun bukannya bagus sgt pun..hehehehee aku lagi suka kerja dalam pemikiran bebas dan teamwork yg kuat..

Jadi kesimpulannya ..Antoofighter ni filem memang buatan MALAYSIA..filem ni memang tak sama mcm cerita2 lain..tak perlu kita nak compare antara filem ini atau filem itu..masing2 ada tastenya sendiri, ada ramuannya sendiri, tak perlu nak menuding jari kat sapa2 filem itu takde kualiti, filem ni ada kualiti..the end of the day..mereka2 ni sedang membawa industri filem Malaysia ke mata dunia..mak aii aku tulis camni rupanya...kikikikiki

Jadi...(jadi lagi) marila ramai2 kita tgk Antoofighter ni..apa ceritanya...

Maskot antoofighter : Pancho El Gringo..

Tentu sekali jadi perbualan ramai, apsal cerita ni pelik sekali sampai logo branding pun dah cam campuran lencana sekolah dan lambang sekuriti guard freelancer. Ntahlah.. ada juga yang kata.. ni citer katun ke apa? semuanya berpunca pada logo antoofighter ni sendiri.

Ya, kami memang sengaja mencipta logo antoofighter sebegini rupa.. filem ini bukanlah sebuah filem cereka sains fiksyen yang serious.. kami fikir.. mungkin dengan konsep sebegini membolehkan peminat filem tanah air membuka minda lebih luas dan tidak menilai secara lurus dari apa yang mereka nampak pada muka awalnya..

So, nama maskot logo antoofighter ni ialah, pancho el-gringo... atau nama melayunya usman kenit. Menurut kata Chunk iaitu pengarah filem ini, watak comel ini adalah kumpulan zarah yang terlepas dari jisim jisim antoo iaitu N20. Hasil pengekstrakkan Marang perapu kepunden dioksida dalam N20.. maka wujud 2 kumpulan sub-zarah yang dikenali sebagai tyranus-flatipunten dan juga brumen-teraokside.

Sifat Pancho el-gringo amat unik dimana, dia mampu menukar apa jua karekter dalam sekelip mata.. ala ala TheMask lakonan Jim Carrey..

Berikut adalah beberapa pose pancho yang belum pernah disaksikan dalam blog antoofighter ini.
--------------

Pose dapat email


Pose menten


Pose dia tido


Pose menjawab panggilan ala ala telefonis astro

Lagi powercard!!!

Yeah... kami tahu anda ingin kenalinya...


robot murah yang perkasa
modelling + animation = zogun



sifu antoofighter alaf baru
pelakon = Usop Kopratasa



pelakon : Scha Alya

Diari sebalik tabir : Perbincangan team cgi [ bulan Disember 2006] - by pet

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...,

First of all kami ucapkan terima kasih kepada ngkorang yang sudi melawati blog kami yang sememangnya 'kampung' ini. Memandangkan sebelum ini kami lebih banyak mengepost material mengenai filem, terdetik jugak dihati kami untuk menceritakan sedikit pengalaman yang kami hadapi dari proses awal sampai sekarang.
Memperlihatkan kegunaan blog ini ada progressivenya pada menglamerkan diri ala ala pose tepi kolam cam kat majalah artis... so masa dah tiba kami pun nak gak merasa jadi centu..wkaakakkak... tapi takdela pose menayang badan sebab alangan kami semua tak cukup best nak jadi model hero remaja.

Pada awalnya, time tu Imagebox masih tak pindah tempat baru lagi ( skg kat Bukit Damansara ), time tu dekat sebuah kawasan yang paling blues dan paling banyak kedai makanan murah iaitu di Taman Danau Desa. Masa kat situ.. opis kitaorang kecik je.. singki karat sebelah pc mahal, tapi yang best semuanya hati beso. Ok... kembali pasa story sebeno. Time memula team cgi imagebox dibentuk.. ia dikepalai oleh tak lain tak bukan oleh saudara Asrulhisyam atau nama timagannya Black. Black sebelum ini pernah bersama dengan Chunk (iaitu director filem ni lah) dalam pelbagai projek dan katun.. dan dipendekkan cerita 10 tahun selepas itu.. lahirlah generasi-generasi baru turut bersama mereka untuk meneruskan perjuangan yang mereka juangkan. Sebelum segala benda yang berlaku ni, Segala pemvisualan (betul ke bahasa aku ni) karekter, rekabentuk set dan segalanya diilhamkan oleh Sam, iaitu otai paling lama kat Imagebox ni. Dekat beratus keping lukisan dan kemerepekan biodata pasal karekter telah dibuat dan akhirnya.. semua tu dapat dilihat dalam konsep powercard yang kami cuba lahirkan. Jika berkesempatan, blog antoofighter akan pamerkan lukisan lukisan lama sam dari zaman tak tau apakebenda yang dalam kepala otak chunk sampailah jadi realiti. InsyaAllah.


Pada bulan Disember 2006.. Pasukan CGI berkumpul mendiskas atas meja setelah fasa pre-produksi Antoofighter tamat. Time tu 5 orang akan involve dalam post production. Time tu feeling seronok dan takut tu wujud dekat muka masing masing, ya lah.. rata rata kami mana pernah involve CGI untuk filem pun.. dan rata rata kami ni lebih gemar bertapa dan menyendiri untuk menambahkan ilmu pengetahuan, underground la konon.. hahahahha.So, sebaik sahaja semua berkumpul... datanglah kepala segala projek ni berpakaian baju pagoda ala ala penyembelih ayam, bertongkat dan rambut tersusun rapi ala ala pegawai kerajaan. Bersama sengih kera, Chunk terus duduk dan terus berkata... "Banyak ni je team CGI kita black??.. fhuuuuhhh.. terer la korang". Arkkkk!!!... jawab salah seorang kat situ. Buat camna, tak ramai tahu Imagebox ni dah ada dalam Malaysia ni kot.. takpelah.. biarpun sedikit ahli tapi jiwa besar.. yang penting semua pasukan ni bersemangat nak menjadikan filem Antoofighter ni portfolio mereka.Chunk terus berkata.. "sepanjang 6 bulan ni... matilah korang... aku nak CGI kita best jangan dan jangan macam citer indon Nyi Blorong udah ler...". Kami terus ketawa selepas statement tu.. dan tak boleh lupa juga.. terpetik sedikit dalam naluri tu rasa cam "iyerke leh siap ni??".. ya la.. proses ni long term, sesambil buat tu.. ada je benda yang nak kena belajo.. dan memacamlah.. "fhuuu ...real la" bak kata black

So bermulalah cerita scene by scene yang ada CGI oleh cik black, kami semua kusyuk mendengor dan ada jugak kalangan kami ternganga tanpa disedari. Lebih kurang 2 jam camtu.. kepala otak kami jadi kering, gusi jadi kelabu dan tahi mata timbul secara tak sengaja kerana memikirkan konklusi meeting ni.. fhuuu... time tu jumlah shot yang ada CGI memang banyak dan adakala gempak sampai terlalu tak masuk akal!! ya la pakai buat sound efek dari mulut.. termasuk kamilah!.. hahahha.. sabor jer lah. So, masing masing sudah pun diberi task untuk buat apa.. Konsep opening montage pun dah dibagitahu chunk.. pastu statlah pikir... berapa lama kitaorang boleh siap buat natang ni.

Mengikut perancangan.. dorang nak buat CGI ni 6 bulan jer!!.. time tulah.. PEEERGGHH, telan air liur terus lepas dapat dengar kenyataan tu.. dan kami pun terpaksa akur ajelah. Akhirnya sehingga kini setelah berkali kali tukar dateline... kami sudah menyiapkan hampir 60% shot cgi dalam filem ni.. Alhamdulillah... berkat doa dan sokongan rakan rakan sealiran sedikit demi sedikit kitaorang tweak dekat komputer ni untuk dapatkan output yang diimpikan. Takdela best cam Lord of the Ring atau Transformers... korang nilai sendiri je dengan jumlah 5 orang yang skg tinggal 4 orang ni dengan 30 team animator yang buat satu scene untuk Finding Nemo tu??.. fhuuh.. rheal la. Yang menjadi issuenya nanti ialah macam mana fasa pembahagian kerja kitaorang mengikut jenis task.. untuk pengetahuan ngkorang, nak membuat CGI ni bukan boleh import masuk campak terus jadi punya.. adakala dia mesti involve rotoskoping (gunting gambo amik mask file dia), ada involve 3d.. ada involve render passes.. dan memacamlah. So dengan hanya sejumlah segenggam manusia dalam team CGI Imagebox nilah nak kena cipta jurus dan hikmat tersendiri tanpa menjadikan issue tak cukup orang ni alasan. Ianya amat menyeronokkan.. dan jugak ia amat menyiksakan.. heheheheh... .Apapun sepanjang masa kami menenyeh benda ni, kami amat hargai setiap tekanan dan bebanan yang datang.. sebab benda tulah yang jadi tools kami untuk mengelak dari melakukan silap di masa akan datang.

Sebelum dorang pegi shoot citer ni, team CGI kena bikin pre-animation iaitu material yang membabitkan CGI yang perlu ada di lokasi. Semua benda ni dibuat atas sebab untuk membolehkan pelakon lebih memahami watak dan cerita yang mereka sedang lakonkan. So, benda tu dikepalai oleh akulah!!..(pet). Sakit gak hati aku nak membuat natang ni sebab bila pikirkan konsep tu..
aku tak nak bersangkut paut dengan filem serius.. ya lah.. filem ni ada unsur video game sikit, lawak skit.. so kena carila idea yang bertepatan dengan apakejadah aku nak buat ni. Aku jugak dibantu oleh (zogun,dazrene dan stiv) untuk buat natang ni.. ada jugak aku mintak idea orang apabila berlakunya kekurangan idea disaat saat getir tu.

Esok harinya, maka bermulalah semangat dan tawakal yang baru kami untuk membuat langkah pertama sambil membaca Bismillah.. terus bukak Photoshop dan stat buat design dan kerangka sesuatu output CGI dalam filem ni. .

Begitulah detik mulanya..

(pet) - penukang efek
Imagebox Sdn Bhd.