Monday, March 24, 2008

Watikah pena bedarah - by black

Assalamualaikum dan hi!!

Utk semua yg melayan blog ni..berdirinya saya disini (huk oloh..mcm kat skolah)...anyway utk permulaan aku nak type ni...SPM ngan paper julai aku dalam bahasa melayu, aku dapat 7..so kalu korang baca apa yg aku tulis ni agak memeningkan ...aku mintak maap byk2..sbb masa kat skolah dulu aku conteng buku skolah..kerja skolah aku byk meniru..:D

ok..ANTOOFIGHTER..hmmmm..tak sangka aku..akhirnya Chunk dapat menerobosi dan dapat kepercayaan dari pihak GBSB. Jadi kesimpulannya Imagebox dan GBSB berusahasama (JV) dalam projek Antoofighter ni..

So kehidupan aku berubah lagi..no life at all..sampai la projek ni siap..

Seperti biasa..aku terpaksa "menghandle" pasukan anggota MAT ini (krew CGI) dari segi kewangan utk CGI part, kreativiti dan aku pun kena buat jugak CGI2 ni..

Utk pengetahuan semua la...kalau mengikut skrip Antoofighter ni..CGI dia memang diluar peruntukan aku ..meaning $$$..tapi bukan sbb alasan $$$..tapi sbb atas memang benda ni hobi aku..pada mulanya nak je aku hire 30orang ..tapi apakan daya..setelah aku mengkaji industri filem kat malaysia ni..paling miracle bole pegi kutipan tiket dalam sejarah RM7juta..(ya ka?) .

Jadi dgn semangat juang yg ada..aku blasah..sbb aaku nak majukan industri filem kat malaysia ni..pada aku..org malaysia dah bole buat mcmmana org luar (Hollywood) dah buat..cumanya kita tak diberi peluang dan praktikal..kalau kita kaji balik filem2 hollywood atau hongkong masa dulu..cgi derang tak la trus "fuu Rheal" ada gak yg terkantoi malah sampai sekarang ada jugak filem2 dari luar yg terkantoi bila part cgi..memang btul semuanya di sebabkan teknologi dunia sekarang semakin maju...tapi pada aku bukan peralihan teknologi yg membuatkan filem2 luar sekarang dah canggih..pada aku semua perlu di praktikkan..teknologi tu hanya utk memudahkan saja..so aku amat berterima kasih btul kat pihak GBSB ni..sbbnya derang ni berani bagi peluang kat pihak Imagebox utk praktikkan dalam projek Antoofighter..

So dgn peluang yg ada..aku kumpulkan org2 yg "berani" sesuatu yg baru...dgn mengikut jumlah peruntukan aku..ramai yg teror2..Pet, Zgun, Anjang, Stif, Adi , Sam..jadi aku memegang pada konsep
"Creative is no rules"...aku bebaskan kreativiti utk semua yg terlibat walaupun aku diberi kepercayaan yg menjadi pengarah VFX..sbb aku percaya..aku pun bukannya bagus sgt pun..hehehehee aku lagi suka kerja dalam pemikiran bebas dan teamwork yg kuat..

Jadi kesimpulannya ..Antoofighter ni filem memang buatan MALAYSIA..filem ni memang tak sama mcm cerita2 lain..tak perlu kita nak compare antara filem ini atau filem itu..masing2 ada tastenya sendiri, ada ramuannya sendiri, tak perlu nak menuding jari kat sapa2 filem itu takde kualiti, filem ni ada kualiti..the end of the day..mereka2 ni sedang membawa industri filem Malaysia ke mata dunia..mak aii aku tulis camni rupanya...kikikikiki

Jadi...(jadi lagi) marila ramai2 kita tgk Antoofighter ni..apa ceritanya...

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
jaggat said...

wey black... ni aku lah... jagat, photographer hampeh yg shot masa korang shooting dulu.

aku nak kasi tahu, kejer korang dasat siot!

lespekk!