Monday, March 24, 2008

Maskot antoofighter : Pancho El Gringo..

Tentu sekali jadi perbualan ramai, apsal cerita ni pelik sekali sampai logo branding pun dah cam campuran lencana sekolah dan lambang sekuriti guard freelancer. Ntahlah.. ada juga yang kata.. ni citer katun ke apa? semuanya berpunca pada logo antoofighter ni sendiri.

Ya, kami memang sengaja mencipta logo antoofighter sebegini rupa.. filem ini bukanlah sebuah filem cereka sains fiksyen yang serious.. kami fikir.. mungkin dengan konsep sebegini membolehkan peminat filem tanah air membuka minda lebih luas dan tidak menilai secara lurus dari apa yang mereka nampak pada muka awalnya..

So, nama maskot logo antoofighter ni ialah, pancho el-gringo... atau nama melayunya usman kenit. Menurut kata Chunk iaitu pengarah filem ini, watak comel ini adalah kumpulan zarah yang terlepas dari jisim jisim antoo iaitu N20. Hasil pengekstrakkan Marang perapu kepunden dioksida dalam N20.. maka wujud 2 kumpulan sub-zarah yang dikenali sebagai tyranus-flatipunten dan juga brumen-teraokside.

Sifat Pancho el-gringo amat unik dimana, dia mampu menukar apa jua karekter dalam sekelip mata.. ala ala TheMask lakonan Jim Carrey..

Berikut adalah beberapa pose pancho yang belum pernah disaksikan dalam blog antoofighter ini.
--------------

Pose dapat email


Pose menten


Pose dia tido


Pose menjawab panggilan ala ala telefonis astro

3 comments:

Anonymous said...

humang aih! R E A L.

lilypark said...

waaaah!! pancho el-gringo ni comeeel la.. x saba nak tgk antoo fighter~

Anonymous said...

haaaaaaaaaaaaaaaaa... ni dia abg tiri teman... Pancho EL Gringo (mcm Ringo Starr the Beatles je bunyiknya... muekekekek...!!!) cantik yeop! bln 11 ni teman n da geng nak serbu TGV JJusco Ipoh! ;-)