Wednesday, November 28, 2007

Admiral Bajang: the side story part 2



nama hikmat : "Duri nista tak tentu hala"
------
Admiral Bajang seperti diceritakan dahulu, dianugerahkan pangkat yang amat tinggi dalam Zion. Bentuk badannya yang merah bersalut duri sentiasa menjadi gilaan hantu hantu betina. Hikmat yang dimiliki oleh beliau ini adalah hasil dari pertapaanya ketika mempelajari ilmu samurai di Hokkaido,Jepun.

Duri yang dipancutkan mempunyai campuran bisa darah ular dan juga serbuk karbait mercun. Tok guru beliau pernah berkata ia lebih berbisa jika ditambahkan lagi dengan budu kerana budu memiliki bisa yang sangat hebat selain boleh dimakan begitu saja.

"Inspirasi aku dapat bila buat hikmat ni tiba tiba jer kat 7eleven, sebab ada awek cun lalu sambil menyelak rambutnya...wow" - pet
shot ni ada spoil kat unofficial trailer dulu, so camnilah ajer sempat aku bikin untuk final trailer yang akan keluor nanti.

Thanks for your support, sebarkan pada rakan rakan.
Bantulah kami untuk berkarya di hati anda

Sunday, November 25, 2007

Lord El Sharon.. the esklepet process. by Zogun & Pet

Ya, setelah bersengkang mata berbulan bulan.. tak boleh tidur.. kalau tidur tak boleh mimpi benda lain... Akhirnya beginilah bentuk awal ketua segala setan setan @ bapak setan yang dikenali sebagai Lord El Sharon. Proses untuk membuat bapak setan ni amat rumit ( memang rumitlah semua dalam movie ni), dan pada peringkat awalnya kami hanya membayangkan ia hanya sekeping imej biasa dan buih buih mulut sound efek yang berdesyum desyum membayangkan kedasyatannya..

... namun atas rasa ingin cuba dan semangat... pereka karekter ini iaitu Zogun (bukan nama sebenar) telah merealisasikan imaginasi semua team akan hasil karyanya ini. Peringkat akhir proses ini ialah compositing. So tak taulah camna nak kata, tunggu ajerlah movie ni dan korang nilailah dengan hati sendiri.

Nasib baik tak wujud pulak bapak mertua Lord Sharon, kalo dak kena buat rumah sebelah opis. tak pun pindahkan ajer opis ni sebelah rumah... demnn...

kat bawah ni rupenya bila dah composite, petik petik jadi. 1hari punya keje comp:



Friday, November 16, 2007

Drakulat : ...the side story part 1 by pet

Dalam tak diam karekter utama hantu dalam cerita ini, sebenarnya Drakulat sentiasa terkini dengan teknologi semasa. Dari zaman melayu negrito hinggalah keabad ini, drakulat sentiasa peka dengan pembaharuan teknologi yang dibangunkan manusia. Dengan ilmu hitam menyedut neoron otak manusia, Drakulat akan menjadi semakin terer dan bijak dari segi pemodenan teknologi.

Pada abad sebelum kemodenan insan, Drakulat gunakan musang dan jugak burung hantu untuk menskodeng atau mengintip musuh musuhnya terutama penentang jembalang. Kini, setelah kembali kedunia.. beliau telah mencipta korang kena tengok movie baru tahu yang diberinama korang kena tengok movie baru tau apa bendanya untuk mencari korang kena tengok movie baru tahu yang telah lama diidaminya. Ilmu yang disedut oleh beliau ketika menganggu persekitaran Low Yatt Plaza telah menjadikan seorang beliau seorang hantu ilmuan terhebat di abad ini...

Gambaran kat sebelah menunjukan Drakulat sedang melihat dari p.o.v ( point of view ) alat skodengnya. Ingin tahu apakah alat skodeng terbarunya?? nantikan kemunculan di pawagam anda.

p/s - "aku dapat idea ni dari cerita resident evil dan apa apa sci fi omputih yang sentiasa menipu kita dengan gunakan CGI semata mata.. Sekian ".. pet

Wednesday, November 14, 2007

sebarkan dakyah ni ...Toyol King


sempena kempen "SAYANGI JIRAN ANTOO ANDA" dan "KEMPEN ANTOO PRIHATIN SEDUNIA" aku sebarkan sikit wallpaper ni agar korang membantu negara dalam industri memartabatkan filem macam ni kalau korang dah bosan tengok cerita leleh.... selamatkan kita dari lelehan dan lentokan maut yang menyesatkan......