Monday, December 17, 2007

Website rasmi sedang dilaksanakan dengan rakusnya...

Kat bawah ni adalah character info berkonsepkan powercard. Powercard ni kalau sapa tau, sapa yang kuat beli mainan la.. ada selit kad kad pawer bagitau kekuatan karekter tu. So kami pakai ajerlah konsep ni. Terdapat lebih kurang 12-13 watak akan dikonsepkan sebegini dan diselitkan dalam salah satu menu website.



------------------------------------------------------------------------
Website official antoofighter akan siap sepenuhnya dalam sedikit masa lagi. Buat sementara ni, 1 teaser trailer sudahpun diupkan dan jugak 2 wallpaper diselitkan untuk korang semua.

Check out the official website gengs.

-----------

Thanks for your support gengs..

Wednesday, December 5, 2007

Komander Mistikus Velvella.. the side story part 1

Ha, seperti yang tertayang dari spoiled unofficial trailer dahulu, tentu korang perasan watak antoo perempuan ni kan. Namanya ialah Mistikus Velvella, seorang pelakon teater di Munich,German. Velvella dibunuh secara kejam oleh penduduk Munich kerana disyaki mengamalkan ilmu Do sum hater god, iaitu sebuah ilmu yang diamalkan kumpulan Black Metal Norwiegen pada zaman ini.

Apabila hidup semula, beliau telah berjaya memiliki kuasa sihir yang mengalahkan segala penyihir seperti mumbra,mak lampir malah nyir blorong yang kerap jadi sebutan ramai. Kuasa elemen alam semulajadi boleh yang dimiliki beliau membolehkan beliau mencipta hikmat hikmat yang unik dan tersendiri dalam masa yang singkat.

Mistikus juga mempunyai jiwa yang sensitif dan penyayang. Dalam keadaan hati yang serba kusut lagi hitam, sudah mati hidup kembali pun beliau masih sayangkan tunangnya yang mati disambar petir dahulu. Contoh seperti visual ni.., beliau sendiri menamakannya semburan Sonata Musim Salju kerana terlalu meminati cerita Korea yang dilakonkan mamat spek yang hensem tu.Wajah pelakon tersebut amat mirip dengan tunangnya yang bernama Raskamuntil Vondermout

Nantikan kemunculan Antoo yang istimewa ini di pawagam berdekatan anda.

peace.