Monday, August 11, 2008

Interbiu ekslusif bersama Jamilah Wadan (Mistikus)

Salams kepada pengunjung semua.. Setelah berjaya menemubual 2 aweks dari pasukan penentang jembalang, kini antoo blog membawakan temubual exklusif bersama Jamilah Wadan atau lebih mesra dipanggil "Miss Jam". Pada satu malam yang membosankan aku ternampak beliau online dalam Facebook.. lalu aku membooking sedikit masa beliau dengan temuramah ceria mengenai watak antoo yang cukup indah bernama Komander Mistikus Velvella..

petrakhus

Assalamualaikum, "how's life"..

miss jam
Salam.. Life is good thank you!
petrakhus

motor terbaru per? cam best je layan moto bebeso ni. Huhuuh

miss jam

Masih dengan Motor Sportster tu.. tunggulah nanti lepas Antoo Fighter meletup mungkin nak tambah motor baru plak..

petrakhus

ni ada hajat ni, nak intebiu akok le untuk blog antoofighter,eheehehe... bulih ke panggil akak.. kalau nak catchy lagi pet panggil miss jam, mesraa bunyinya spt bemersraan di tepi tasik.. auu...

miss jam
hehe… jiwang kau yer.. soalannya subjek apa?
petrakhus

soalannya tidak sesukar Imbangan Duga dalam subjek Prinsip Akaun zaman SPM. Lebih kepada karektor Mistikus lers..

miss jam

yo lah

petrakhus
Mistikus adalah watak yang cukup unik kerana dikalangan antoo dia adalah pengamal sihir yang universal. Apa perasaan miss jam setelah diberi peranan untuk menghidupkan karektor Mistikus ni, apakah reference atau contoh yang miss jam ikut.. Ke pakai blasah je.
miss jam

Masa briefing dulu Chunk kat Mistikus ni Antoo kanan Drakulat.. so kira Antoo paling serious sekali lah.. Rasanya kalau diikutkan hati memang nak buat satu scene penuh untuk Mistikus jer… tapi nanti lari plak jalan cerita dia kan..
petrakhus
Bila dilihat dari segi persiapan shooting untuk missjam.. pemakain kostum dan segala jadahnya itu memakan masa berejam jam.. apakah perasaan miss jam ketika itu

miss jam

Kalau nak dikirakan Mistikus lah Antoo yang paling relak sekali.. sebab muka dia maintain takde rosak2 macam Antoo2 yang lain.. maklumlah masa nak jadi arwah dulu.. Mistikus memang jaga muka dia.. body dia pun sempat buat plastic surgery tu.. hehe.. Tak sedar diri punya Mistikus!

petrakhus

Selain tu, call time untuk shooting citer ni selalunya stat petang sampailah ke pagi esoknya... penat tak?. berbaloi tak pengorbanan yang dibuat missjam selama sebulan lebih hidup spt kelawar tidak tentu hala tujunya...

miss jam

Fuyooo… 2 minggu tak nampak matahari.. memang hardcore! But for Chunk and his trust to offer me the role.. it’s worth all the way.

petrakhus

Watak Drakulat yang dimainkan oleh Awie amat berlainan dalam filem ni, jarang sekali kita tengok brader rock balada diubahsuai ala ala rockstar Black Metal yang menakutkan. Dari segi art direction, miss jam rasa overall best tak? kalau nak dipermantapkan lagi.. apa yang patut orang orang belakang tabir ni buat.

miss jam

We had a great time acting with all this great talented people dan diorang pun memang begitu kommitted dengan watak masing-masing. Watak Awie tu memang best mungking next time boleh tambahkan scene dia main gitar letrik lepastu kena karen, gitu.. Nak improve lagi..? He he… frankly speaking? Show us the MONEY!! Dan sediakan messuer sorang satu untuk merenggangkan urat saraf yang terbelit akibat berembun sepanjang malam.. =p
petrakhus
Tentu sekali miss jam dah tengok camna pawer yang Mistikus ada, nama hikmat pun dah 4 ela panjang.. tambahan pulak ada syaitan belaan dalam loket "Dendam Asmara". So pendek kata mistikus antara watak antoo yang banyak CGInya selepas Drakulat. Berpuas hatikah miss jam melihat hasil CGI yang telah dipertontonkan dalam teaser trailer Antoofighter tu?.

miss jam

Puas hati.. korang memang dahsyat! Terutama sekali style korang meng “enhance” kan my ‘dada’ tu.. macam mana boleh lepas tu…. hehehe

petrakhus

Apakah harapan Miss Jam dalam filem Antoofighter, apakah usaha semua yang terlibat dalam filem ni akan membawa langkah peningkatan yang lain lain lagi untuk menghasilkan filem seumpama ini?.
miss jam
Hopefully ini adalah langkah sulung bagi korang semua untuk mendapat tawaran dari negara-negara luar terutama sekali dari Hong Kong dan Hollywood.. InsyaAllah..

petrakhus

Semasa shooting, apakah perkara di ketika itu yang paling sukar?.

miss jam

Nak buat aksi garang masa shooting jam 4am lepas crew kejut dari tidur..? Hehe..
Actually sebelum shooting kita dah physically prepared, kerusi lipat dah bawa sendiri, cool box kecik pun ada (thanks to dC as my PA time tu.. ) so taklah susah sangat, Cuma kebetulan shooting tu clash dengan shooting Afi & Abah sebagai Mak Wati masa weekend.. haru Mak Wati tak cukup tidur.. yang lain semuanya ok jer..
petrakhus

Akhir sekali, sedikit ucapan untuk pengunjung antoo blog yang serba kampung lagi ntah apa apa ni?.

miss jam

Hahaha…. Ini adalah hiburan mata dan minda semata-mata di samping mesej yang tersirat, jadi saksikanlah ia dengan ‘dada’ yang terbuka! Hahahahahahahaa….

petrakhus

Terima kasih kak jam kerna sudi ditemuramah oleh wartawan tak bernama cam aku ni..

miss jam

kejap akak, kejap miss jam.. jem otak eden..

petrakhus

heheheh.. cheers babe.

Demikianlah interview santai ke 3 dalam blog antoofighter untuk tatapan semua. Sapa pulak lepas ni? ntahla... wiiiiiiiieeeeeeeeu wiueeeeeeeeeeeeeee.....

Sekian dari Wartawan tidak bertauliah anda...
Abang Petty