Tuesday, October 30, 2007

Kepak Drakulat part 1.. by pet

Mengikut kepala otak pengarah kami, kepak drakulat harus mempunyai rupabentuk kelawar dan kepak itu harus menampakkan kesyaitanannya. Kami ditugaskan untuk mengCGIkan shots awie bersama wingsnya hampir 12 shots.. dari jauh sampai lah ke dekat...

Pengneksturan kepak ni mengambil masa yang lama, dimana ia memerlukan displacement map dan bump map yang betul untuk mendapatkan seredak-seredak uratnya. Mengikut script asal.. sebenarnya shot kepak ni lebih dari 12 shots.. fuhh nasib baik..
Proses membuat Awie punya Wings ni diakhiri dengan compositing, dimana tugas tugas untuk mengblendingkan mood caler dan lighting adalah perkara utama demi memastikan Awie memang benar benar ada Wings....


kepak drakulat by
: zogun.

compositing n aura by
: pet

Sunday, October 28, 2007

Lakaran Awal 2 Karektor Jahat..by sam

Admiral Bajang - Orang kanan Drakulat. Spesis binatang (mawas berduri), tetapi mempunyai ketinggian
bahasa bertutur yang bagus. Ada master dalam Sastera Melayu.
Pelakon: Shoffi Jikan.
Power/Kelebihan: Pandai bermain pedang. Mempelajari ilmu batin di Jepun & Tanah Jawa.
Kelemahan: kurus, baju selalu terlucut.


Drakulat Van Listeroy - Ketua geng jahat yang bercita-cita tinggi untuk menakluk dunia
pelakon: Awie
power: Sayap kelawar yang berfungsi untuk turun naik jer... / hikmat
pemecah benda/barang2/segala benda yang dia rasa benci nak tgk.
kelemahan: Lagu " Taman Rashidah Utama"
* karektor karektor lain akan di upload...
post by;
SAM the visualizer

- Fasa Produksi part I ..by pet

Lokasi shoot untuk filem ni semua best dan horror-horror belaka. Macam macam hal berlaku time shoot ni, apapun semuanya berjalan lancar dan tamat pengambarannya tak silap pada bulan 2 kelmarin.. semua krew dalam filem ni terrer-terrer berlaka.. banyak jugak benda yang kitaorang ( actually ni filem sulungkan?? ) dapat xpose time tuh.. paling aku suka ialah special effect make up yang best dari Ella Sandera ( make up artist untuk drama anak kerak tuhh )


Antara lokasi pilihan untuk filem ni adalah seperti berikut
a. Gua Vallovar Kotam Batu Caves
b. Rumah usang di Bukit Tunku
c. Pantai Kelanang ( Bagan lalang )
d. Menara KL
f. Kelly's Castle
g. Damansara Damai

- Antoofighter tu hape??? by pet

Antoofighter tu Ghostbuster Melayu ke??.. satu soalan yang sering aku dengo kat sesapa je aku tanya. Baik dalam internet ni ke... sampailah ke kampung pondok, tajuk antoofighter ni rata rata ramai dah tahu sebab orang malaysia gemar memilih suratkhabo hiburan bergambar artis artis yang lawo-lawo untuk medium pertama dibaca pada hari ahad... maknanya perkataan tu sudah wujud dan diketahui, cuma ragu-ragu dan naik nyampah sebab tak tahu tahu gak.. apakebenda jenis filem ni sebenarnya.

Idea untuk keseluruhan projek ni adalah dari kepala otak Saudara Azizi "Chunk" Adnan f.d.a.m sendiri. Kekuatan penceritaan Antoofighter lebih pada lawak-lawak slapstik spt filem Hotshots,KungFu Hustle,ScaryMovie dsbg. Cara persembahan dalam filem ini adalah amat bersahaja, dimana setiap krew diberi kebebasan bekarya asal bertepatan untuk shots tertentu.

Inspirasi gabungan citer citer omputih dan pengaruhnya spt Power Rangers, Mortal Kombat,Ghostbuster (spt yang ramai jangka) dan sedikit lawak lawak dari majalah Ujang (yang zaman dulu dulu punya)... maka setelah berbulan bulan pitching akhirnya Grand Brilliance memilih AntooFighter sebagai satu lagi filem yang akan dikeluarkan dipawagam pada tahun 2008 nanti.

Mungkin sedikit garapan dari filem GhostBuster tu ada.. tapi tak ikut langsung storyline dan jugak mood penceritaannya. Hantu hantu dalam cerita ni lebih global, dimana semua jenis hantu dari pelbagai negara digabungkan menjadi satu dibawah naungan kerajaan Ashkenazim, pimpinan Drakulat Van Listerooy (Awie) bersama Ketua Bapak Setan mereka.. Lord El-Sharon...

Ya, mesti ramai yang dah tengok gambar awie duduk kat kerusi yang ada lambang ****** dalam internet ni. Sebenarnya ada jawapan mengapa gambaran tu dibuat, ia sebuah perjuangan murni sebenarnya. Untuk jawapan yang lebih detail kene tunggu ThemakingOf filem ni nanti.. lihat dan dengar sendiri dari mulut pengarahnya....

Dalam filem ini Chunk mempertaruhkan banyak benda benda baru dalam menerbitkan sebuah filem. Antaranya, rata-rata pelakon dalam filem ini tak seglamer artis yang seksi bergambar ditepi kolam renang mahupan berpakaian ketat tebonjol tapi membuat kenyataan "Saya insaf".. melainkan Awie,Radhi Oag (PohJee),Soffi Jikan(Admiral Bajang) dan Harun Salim Bachik(Pak Din @ Zainuddin Yanky). Untuk pengetahuan pembaca, Inilah sebenarnya kali pertama Radhi OaG belakon filem... sungguh menarik!!!

Chunk jugak mempertaruhkan elemen elemen CGI yang banyak dalam filem sulungnya ni. Hampir 70% dalam filem ni pakai CGI. Dari teknik berlawan sampailah ke aura aura merepek itulah kerja budak budak dia yang bertugas di Imagebox Sdn. Bhd. Dibawah kelolaan Asrulhisyam Ahmad selaku VFX Director filem ini, setiap shots yang diCGI akan dibuat sebaik mungkin (jangan la samakan dengan hollywood kengkawangs).

Kesimpulannya, Antoofighter adalah sebuah filem bergenre komedi aksi.. bukan Ghostbuster!!! so bukalah minda dan hati.. berilah peluang kepada kami bekarya di mata hati anda. Filem ini dijangka akan menemui penonton dipawagam pada bulan March 2008.

penulis : pet

Sunday, October 21, 2007

teaser antoofigther

Ok dah lama benda ni kitaorang xpose kat youtube.Lagipun scene ni bukan kesemuanya dipakai dalam final filem ni nanti. Idea untuk jadikan Badi Amuk sebagai pembaca berita ini adalah cetusan idea kepala merepak Chunk sendiri. Karekter wartawan brutal, skema ntahpaper dari stesen tv yang diberinama Kuntau TV ini adalah karektor cameo dalam antoofighter.


Pada mulanya kami ingin gunakan footage footage yang di shoot dalam MiniDV ini untuk keseluruhan filem. Apabila tiba disaat offline editing, kami bercadang untuk kurangkan shot ni kerana banyak lagi elemen yang best patut diletak dalam timeline tuh. Memandangkan kami rasa cam rugi je tak letak dalam filem.. so tak salahlah kami jadikan shot ni sebagai teaser terpanjang dalam perfileman melayu untuk ditontonkan dalam Youtube. hahahahahha....




So, saksikan persembahan lakonan buat pertama kalinya dari Badi Amuk sebagai Zamin Putar Alam. Yeyearrrrrrgh....